Postingan

Menampilkan postingan dengan label Malay

KL Zombie (2013)

Gambar
KL Zombie (2013) Mengisahkan lima sekawan yang mempunyai impian dan cita-cita hidup yang tersendiri. Namun, segalanya menjadi porak peranda apabila sejenis wabak merbahaya yang menukarkan manusia menjadi zombi telah merebak di sekitar Kuala Lumpur. Watak utamanya, Nipis yang dimainkan oleh Zizan Raja Lawak terpaksa bertarung nyawa demi menyelamatkan dirinya sendiri serta rakan-rakannya yang lain daripada dijangkiti wabak tersebut.

Kasih Bersulam Daun Palas (2013)

Gambar
Kasih Bersulam Daun Palas (2013) Fazlina, merupakan anak dara tua dan seringkali disoal bila mahu berkahwin apabila setiap kali dia pulang ke kampung. Syawal ini, dia membawa pekerja barunya,Fazli, untuk menyamar sebagai kekasih. Lakonan Fazli berjaya memikat hati ibubapa Fazlina. Kemanakah hala tuju hubungan mereka ini.

Pak Deris Jambul (2013)

Gambar
Pak Deris Jambul (2013) Dr. Safiyah mengimbas kembali peristiwa lima tahun dulu sebelum dia berangkat untuk melanjutkan pengajian di Cornell, Amerika Syarikat. Dia hampir tidak jadi untuk melanjutkan pengajian ke sana kerana ayahnya, Pak Deris menganggap bahawa bangsa Eropah telah menghancurkan tamadun bangsanya. Anak-anaknya diajar supaya cintakan tanah air malah tiada satu pun perkakasan rumah keluaran Eropah mahupun Jepun dan China. Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia ibarat menyambut Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri bagi Pak Deris. Justeru, keputusan Safiyah telah menyebabkan hatinya hancur remuk dan menganggap Safiyah sebagai anak derhaka. Pak Deris sering membandingkan Safiyah dengan anak lelakinya, Sufi yang kni berpangkat Kapten dan bertugas di Sarawak. Pak Deris sangat bangga dengan Sufi dan semua harta dinamakan di atas nama Sufi. Walaupun Sufi cuba memujuk, Pak Deris tetap berkeras dan tidak mahu Safiyah menjejakkan kaki ke rumahnya. Safiyah telah pulang ke kampung...

Lemak Kampung Santan (2013)

Gambar
Lemak Kampung Santan (2013) Lemak Kampung Santan mengisahkan tentang seorang pemuda bandar, Ridzuan (Hans Isaac), yang jatuh cinta dengan seorang gadis kampung yang bernama Tiqa. Sekali imbas, filem ini mungkin kelihatan seperti kisah cinta tipikal si kaya jatuh cinta dengan si miskin. Apa yang tidak tipikal tentang filem ini adalah misteri yang menyelubunginya. Ridzuan merupakan seorang pereka binaan untuk sebuah syarikat pembangunan terkemuka di tanah air. Manakala Tiqa (Neelofa) pula seorang penjual nasi lemak di kampungnya, Kampung Santan. Pertemuan pertama mereka berlaku tanpa diduga di Kampung Santan. Tanpa mereka sedari, mereka senang dengan diri masing-masing walaupun hanya pada pertemuan pertama biarpun pada dasarnya mereka adalah dua insan yang berbeza. Apa yang tidak diketahui Tiqa adalah Ridzuan merupakan ketua projek yang akan membina sebuah resort bertaraf antarabangsa di Kampung Santan dan memaksa semua penduduk Kampung Santan untuk berpindah. Sepanjang perkenalan mereka...